LATAR BELAKANG
Sejarah Kami
Video can’t be displayed
PMMF RENGIT (HOUSE OF ROSELLE)
Telah ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 dibawah Akta 141 pada tahun 1977 sebagai Copra Processing Center (CPC) iaitu bagi memajukan pemasaran kelapa. Pada tahun 1992 telah dijenamakan sebagai Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) Rengit . Seterusnya kami dikenali sebagai Pusat Agropelancongan House Of Roselle pada tahun 2021.
Memproses produk makanan berasaskan hasil pertanian berjenama Agromas seperti Seri Kaya Madu, Jem, Kordial, Sirap Ros, RTD, Pes dan Roselle segar.
Mengeluarkan makanan yang berkualiti, selamat dimakan dan halal. PMMF mempunyai pengiktirafan HACCP, GMP, MESTI, HALAL dan MS ISO 9001:2015.
SEJARAH HOUSE OF ROSELLE

MISI PMMF RENGIT
FAMA Rengit beriltizam untuk menjadi Pusat Memproses Makanan yang terunggul di negara ini dengan menjadikan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001: 2015 sebagai panduan dan rujukan.
POLISI PMMF RENGIT
Pihak pengurusan dan kakitangan FAMA Rengit beriltizam untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan selamat untuk mencapai kepuasan pelanggan melalui perlaksanaan sistem pengurusan kualiti yang dibangunkan berdasarkan MS ISO 9001: 2015 dan menepati keperluan berkaitan.
Kami juga beriltizam untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti tersebut dari semasa ke semasa pada kos yang optima melalui aktiviti berkaitan termasuk objektif-objektif kualiti yang akan ditentukan, dipantau dan disemak di peringkat bahagian berpandukan perkara-perkara berikut :
Peningkatan kepuasan pelanggan
Pengurusan kerosakan dan penolakan produk
Peningkatan kapasiti pengeluaran
Peningkatan kompetensi kakitangan FAMA Rengit
Pengurusan risiko bagi isu luaran dan dalaman

Video can’t be displayed
KILANG PEMPROSESAN
Pusat Memproses Makanan FAMA Rengit mempunyai kilang bertaraf GMP dan dapat menghasilkan produk dengan selamat, bersih dan berkualiti. Kilang kami juga dilengkapi dengan mesin-mesin yang berteknologi tinggi .
